Thursday 29 September 2011

Pameran Sains Teknologi & Masyarakat

Di sinilah kami berkongsi dapatan Program Bumi Kita
di 3 buah sekolah berlainan....

Memberi pengetahuan kepada warga Institut betapa pentingnya kitar semula....idea-idea kepada junior untuk mengadakan program sebegini rupa di sekolah mereka kelak....mencari penambahbaikan yang boleh dicadangkan oleh pihak lain terhadap idea kami...

Terima Kasih SEMUA....




Aktiviti kelima...Pengumpulan Barangan Terbuang

Inilah aktiviti terakhir di sekolah:








Pengumpulan barangan terbuang dan kutipan hasil jualan disumbangkan kepada pihak sekolah.
Berakhirnyalah

Inilah yang menyebabkan mereka berubah..Aktiviti 4

Orang tua pesan, kalau nak senang ingat baca buku pagi hari.
Orang tua juga pesan, ilmu sedikit kalau dikongsi manfaatnya banyak.

Dengan pendekatan orang tua inilah, kami bertiga memberanikan diri, berdiri di pagi hari,dihadapan lebih 100 orang murid, diperhatikan dengan penuh khusuk guru-guru yang bertugas, suasana pagi yang sejuk, menyampaikan ilmu kepada murid..

'PERKONGSIAN IDEA KITAR SEMULA'

Selama 4 minggu di sekolah, setiap hari Selasa dan Khamis, muka kami bertigalah yang menghiasi tapak perhimpunan. Dengan satu matlamat memberi dan menyampaikan pelbagai idea kitar semula.
Idea ini berkaitan plastik, tong sampah kitar semula, selamatkan penyu, dan paling diingati ialah                                
'BUDAYA TAK PE LAH'

Haiya..tak pe lah...lu...tak pe lah...
cikai-cikailah..tak pe lah...
la 20sen je...tak pe lah
tong sampah kitar semula..boleh je buang pelbagai sampah...tak pe lah
buang je tin tue...tak pe lah

Melalui budaya inilah bumi terus ditindas, kitar semula terkubur entah ke mana, tin..plastik...botol..kertas dihumban di mana sahaja...

Mungkin inilah aktiviti yang memberi kesedaran kepada semua. Hasilnya mereka faham dan bertindak melakukan perubahan.



Aktiviti Ketiga...tttttt..SMS Bumi Kita...

'Perhatian kepada semua murid-murid  , minggu ini pertandingan baru..hadiah lebih lumayan...mahu menang hadiah yang lebih lumayan???'

'Cikgu...dapat PS3 ke...ipad ke...ke dapat pensil je...'
'Cikgu..dapat KFC tak?'
'Cikgu...saya nak anak patung Barbie..'
'Cikgu..dapat jam BEN10'
tapi cikgu pertandingan apa??

ttttt..SMS BUMI KITA

Apabila disebut perkataan di atas, semua murid terdiam. Terfikir bagaimana saya mahu sms bumi,ada ke no telefon bumi?...SMS Bumi Kita merupakan aktiviti ketiga yang dijalankan. Murid-murid diminta menulis mesej paling ringkas kepada Bumi mereka. Setiap sms ditulis pada kertas yang disediakan. Di sini kami ingin melihat sejauh mana mereka faham apakah itu kitar semula,bagaimana saya mahu menyayangi Bumi saya dan sebagainya.

Penyertaan amat menggalakkan..hasilnya seperti di bawah:




Murid-murid menunjukkan keprihatinan mereka terhadap Bumi.

TETAPI???

Tong Sampah Kitar Semula...pe cer???

Hasil kedua-dua aktiviti ditambah dengan aktiviti berikutnya..(rahsia dulu)..tong sampah kitar semula kembali kepada fungsi asalnya..HIIIIIPHIPPPP HOOORY

Apa buktinya???

'Syukur...itu tong 3 warna kosong..tak ada dah sampah plastik je...mak cik pun tak jumpa dah benda-benda lain yang dibuang dalam tong sampah tue'...Mak cik tukang sapu..

'Syukur..budak-budak nie...tahu dah nak guna tong sampah kitar sampah kitar semula tue...siap ada ibu bapa cakap kat saya, anak mereka simpan tin minuman,kotak minuman. Bila tanya nak buat apa, cikgu suruh kitar semula'...Guru Besar baru..

Kami syok sendiri???

TIDAK MUNGKIN...kerana memang betul terjadi...




Aktiviti Kedua...Pertandingan Mewarna..Best Bro!!!

Wahai penglihat blog Budak Baru Belajar..perhatikan betul-betul lukisan di bawah:

Lukisan 1
(Seorang murid tahun  2)
Lukisan 2
(Seorang murid tahun 5)
Lukisan 3
(Seorang murid tahun 5)

Ketiga-tiga lukisan ini merupakan hasil daripada pertandingan mewarna yang telah dijalankan sebagai aktiviti pertama untuk Program Bumi Kita.
Terdapat perkara yang menarik perhatian kami bertiga...

Apakah yang anda perhatikan???
Mewarna dapat memberi pengetahuan dan pendidikan...
Ketiga-tiga lukisan ini turut meletakan perkataan KITAR SEMULA(Lukisan 1), 3R(Lukisan 2) dan 1Malaysia (Lukisan 3)...

Apakah yang anda faham,kami faham??
Murid-murid ini tahu setiap perkataan yang ditulis pada lukisan mereka. Mereka cuba menerapkan ilmu yang baru diperolehi pada lukisan mereka. Nampakkah anda mereka cuba memberitahu bahawa kitar semula boleh menyelamatkan bumi kita. 3R mesti diamalkan dalam kehidupan dan semangat 1 Malaysia mampu memberi keamanan kepada negara dan tempat tinggal mereka, Bumi.

Oleh itu:
Pertandingan ini bukan sahaja mewarna..hehe..cikgu suruh warna..
tetapi terdapat mesej yang ingin disampaikan..
murid yang faham akan meluahkan perasaan mereka pada lukisan mereka..
inilah kreativiti dan luahan ilmu...MURID-MURID SAYA!!

Aktiviti Pertama...Pastinya Perasmian Program Bumi Kita

Setiap yang bermula pasti ada sesuatu penggerak..
Program ini juga bermula dengan perasmian yang berlaku serentak di ketiga-tiga buah sekolah...
SK DUSUN TUA
SK BUKIT RAYA
SK COCHRANE

18 JULAI 2011
Tarikh perasmian bagi program yang pasti dinantikan oleh wahai pencinta BUMI..hehe..
mungkin hanya secara kecil-kecilan namun diharapkan memberi impak terhadap sikap terutama pemimpin-pemimpin kecil kita..ANAK-ANAK MURIDKU!!




Maka dengan perasmian ini...Bermulalah Program Bumi Kita 2011

Begitulah simboliknya perasmian tetapi mestilah disusuli dengan pengisian yang menarik dan berkesan
 Aktiviti berikutnya...ce teka??

Wednesday 28 September 2011

Ke mana kami menghilang???

Sudah lama tidak mengupdate blog STM...bukan tiada bahan tetapi kesibukan budak-budak baru belajar...
Mesti tertanya-tanya,'pe cer projek kamu?'
 
SK Bukit Raya
Projek Bumi Kita berkaitan kitar semula telah berjaya dilaksanakan di 3 buah sekolah:
SK Dusun Tua
    
SK Cochrane
                               
PROGRAM BUMI KITA
Program ini telah dilaksanakan dari 11 Julai 2011 sehingga 5 Ogos 2011.
Program ini merupakan idea kami 'budak baru belajar' setelah timbul tanda tanya..???
                                              
Hasil perbualan telefon:

Umyraa: Sekolah saya ada tong kitar semula...
Zue: Dengan nada agak berlagak menjawab..Hello sekolah saya pun ada..
Umyraa: Memang la ada tapi guna ke tidak?
Zue: Guna,penuh sampah.Bagus murid-murid sekolah kita..
Umyraa: Ye lah cuba check..kut-kut semua sampah ada..huhu
Zue: Ohh..guna untuk buang sampah..semua sampah ada. Saya lihat dah tidak digunakan mengikut fungsi yang betul..budak-budak nie.

Hasil permasalahan ini, jadi kami ingin mengembalikan fungsinya tong kitar semula dengan penerapan pengetahuan tentang tong kitar semula.

Apa yang telah kami buat????

Wednesday 6 July 2011

start new project!!

Recycling material???
3R???
SOMETHING THAT REALLY IMPORTANT!!
did you know??

3R-Reuse,Reduce,Recycle
Reuse-use thrown-away materials again for other purposes
Example: bag plastic
Reduce- use of materials can help save production costs
Example: paper from trees
Recycle- changing used and old materials into new products
Example: glass,paper,aluminium and plastic

so..
Why we need to practice 3R in your daily life??

3R Campaign
(IPG KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK)
Alam Flora Booth

Tuesday 5 July 2011

Bukit Angkasa??...Menara Tangki Air...

Aktiviti pertama STM...membina kapal angkasa..haha..bukan. Tetapi membina Menara Tangki Air untuk penduduk Taman Perumahan Bukit Angkasa.

Topik 1:Stability@Kestabilan

Fakta ringkas:
 Luas tapak dan ketinggian mempengaruhi kestabilan

Jadi apakah binaan anda teguh untuk kawasan bukit??
Banyak faktor perlu diberi perhatian!!

Luas tapak
Ketinggian
Kos
Alam sekeliling
???
IDEA???
Bila cikgu jadi kontraktor binaan....

Binaan Spring

Binaan Segi empat
Binaan Tiang

Binaan Kubah

Binaan Spagetti

pelbagai idea..hasil pelbagai bentuk..

inilah masyarakat Sains 2...
macam-macam ada!!

Hai..boleh kenal???

BudakBaruBelajar...singkatan 3B..bagi 3 budak yang menjadi kawan baik selama 5tahun. Gabungan 3 orang pelapor blog bukan semata hiburan tetapi berkongsi pengalaman pembelajaran kepada semua lapisan masyarakat. Salah satu sebab mungkin galakan sifu kami..Dr Norizan...berkongsi pengalaman belajar subjek S.T.M (Sains Teknologi Masyarakat).

pe tue? S.T.M?
 insan yang cemerlang datangnya dari akal, hati yang tenang, jiwa yang mantap!!..jozan lak..
Secara amnya..kami 3 budak baru belajar dan masing-masing penuh dengan pengalaman berbeza yang berkaitan S.T.M...anda bagaimana?

Hai..boleh kenal?
Teruna pujaan SK BUKIT JALIL..haha
Mohd Syukur Abu Bakar

Diikuti 2 orang kawan baik:
Amirul Umairaa bt Ghazali & Zubaidah bt Mohammad Suffian
Gadis Ultras IPG...

Pengembaraan Upin...Ipin bermula!!!