Thursday 29 September 2011

Aktiviti Kedua...Pertandingan Mewarna..Best Bro!!!

Wahai penglihat blog Budak Baru Belajar..perhatikan betul-betul lukisan di bawah:

Lukisan 1
(Seorang murid tahun  2)
Lukisan 2
(Seorang murid tahun 5)
Lukisan 3
(Seorang murid tahun 5)

Ketiga-tiga lukisan ini merupakan hasil daripada pertandingan mewarna yang telah dijalankan sebagai aktiviti pertama untuk Program Bumi Kita.
Terdapat perkara yang menarik perhatian kami bertiga...

Apakah yang anda perhatikan???
Mewarna dapat memberi pengetahuan dan pendidikan...
Ketiga-tiga lukisan ini turut meletakan perkataan KITAR SEMULA(Lukisan 1), 3R(Lukisan 2) dan 1Malaysia (Lukisan 3)...

Apakah yang anda faham,kami faham??
Murid-murid ini tahu setiap perkataan yang ditulis pada lukisan mereka. Mereka cuba menerapkan ilmu yang baru diperolehi pada lukisan mereka. Nampakkah anda mereka cuba memberitahu bahawa kitar semula boleh menyelamatkan bumi kita. 3R mesti diamalkan dalam kehidupan dan semangat 1 Malaysia mampu memberi keamanan kepada negara dan tempat tinggal mereka, Bumi.

Oleh itu:
Pertandingan ini bukan sahaja mewarna..hehe..cikgu suruh warna..
tetapi terdapat mesej yang ingin disampaikan..
murid yang faham akan meluahkan perasaan mereka pada lukisan mereka..
inilah kreativiti dan luahan ilmu...MURID-MURID SAYA!!

No comments:

Post a Comment