Thursday 29 September 2011

Aktiviti Ketiga...tttttt..SMS Bumi Kita...

'Perhatian kepada semua murid-murid  , minggu ini pertandingan baru..hadiah lebih lumayan...mahu menang hadiah yang lebih lumayan???'

'Cikgu...dapat PS3 ke...ipad ke...ke dapat pensil je...'
'Cikgu..dapat KFC tak?'
'Cikgu...saya nak anak patung Barbie..'
'Cikgu..dapat jam BEN10'
tapi cikgu pertandingan apa??

ttttt..SMS BUMI KITA

Apabila disebut perkataan di atas, semua murid terdiam. Terfikir bagaimana saya mahu sms bumi,ada ke no telefon bumi?...SMS Bumi Kita merupakan aktiviti ketiga yang dijalankan. Murid-murid diminta menulis mesej paling ringkas kepada Bumi mereka. Setiap sms ditulis pada kertas yang disediakan. Di sini kami ingin melihat sejauh mana mereka faham apakah itu kitar semula,bagaimana saya mahu menyayangi Bumi saya dan sebagainya.

Penyertaan amat menggalakkan..hasilnya seperti di bawah:




Murid-murid menunjukkan keprihatinan mereka terhadap Bumi.

TETAPI???

Tong Sampah Kitar Semula...pe cer???

Hasil kedua-dua aktiviti ditambah dengan aktiviti berikutnya..(rahsia dulu)..tong sampah kitar semula kembali kepada fungsi asalnya..HIIIIIPHIPPPP HOOORY

Apa buktinya???

'Syukur...itu tong 3 warna kosong..tak ada dah sampah plastik je...mak cik pun tak jumpa dah benda-benda lain yang dibuang dalam tong sampah tue'...Mak cik tukang sapu..

'Syukur..budak-budak nie...tahu dah nak guna tong sampah kitar sampah kitar semula tue...siap ada ibu bapa cakap kat saya, anak mereka simpan tin minuman,kotak minuman. Bila tanya nak buat apa, cikgu suruh kitar semula'...Guru Besar baru..

Kami syok sendiri???

TIDAK MUNGKIN...kerana memang betul terjadi...




No comments:

Post a Comment