Thursday 29 September 2011

Inilah yang menyebabkan mereka berubah..Aktiviti 4

Orang tua pesan, kalau nak senang ingat baca buku pagi hari.
Orang tua juga pesan, ilmu sedikit kalau dikongsi manfaatnya banyak.

Dengan pendekatan orang tua inilah, kami bertiga memberanikan diri, berdiri di pagi hari,dihadapan lebih 100 orang murid, diperhatikan dengan penuh khusuk guru-guru yang bertugas, suasana pagi yang sejuk, menyampaikan ilmu kepada murid..

'PERKONGSIAN IDEA KITAR SEMULA'

Selama 4 minggu di sekolah, setiap hari Selasa dan Khamis, muka kami bertigalah yang menghiasi tapak perhimpunan. Dengan satu matlamat memberi dan menyampaikan pelbagai idea kitar semula.
Idea ini berkaitan plastik, tong sampah kitar semula, selamatkan penyu, dan paling diingati ialah                                
'BUDAYA TAK PE LAH'

Haiya..tak pe lah...lu...tak pe lah...
cikai-cikailah..tak pe lah...
la 20sen je...tak pe lah
tong sampah kitar semula..boleh je buang pelbagai sampah...tak pe lah
buang je tin tue...tak pe lah

Melalui budaya inilah bumi terus ditindas, kitar semula terkubur entah ke mana, tin..plastik...botol..kertas dihumban di mana sahaja...

Mungkin inilah aktiviti yang memberi kesedaran kepada semua. Hasilnya mereka faham dan bertindak melakukan perubahan.



No comments:

Post a Comment